Hi !
Assalamualaikum !
Selamat Sejahtera !

Nak sambung belajar ?? Lepasan Bachelor tak tau continue kat mana ??

Korang free tak pada 10 & 11 April 2015 ??? Kalau free saya ingin menjemput korang untuk datang ke UM Graduate Carnival 2015 yang akan diadakan seperti berikut:
           

Tarikh
:
10 – 11 April 2015 (Jumaat & Sabtu)
Tempat
:
Kompleks Perdanasiswa (KPS), Universiti Malaya
Masa
:
8.30 Pagi hingga 5.30 Petang


Tujuan karnival ni diadakan bagi mempromosikan program Master dan PhD di Universiti Malaya. Terdapat booth2 Fakulti/Akademi/Pusat/Institut untuk korang dapatkan maklumat mengenai program yang korang rasa nak apply. Permohonan via on-line on the spot turut disediakan di atas pentas Auditorium. Korang boleh dapat diskaun 25% bagi wang proses pada hari itu sahaja.

Selain itu terdapat pameran dan gerai-gerai jualan makanan dan perkhidmatan disediakan bagi pengunjung yang hadir.



Klu korang nak datang, bolehlah bawa family or kawan2 bersama-sama memeriahkan lagi karnival ni. Di sini saya sertakan peta untuk rujukan ok !!

Jumpa anda di sana !!!!!!! 2 hari jer lagi




Hi !
Assalamualaikum !
Selamat Sejahtera !


Lama dah tak berblog..dah ke laut rasanya blog nih.. This year memang saya agak busy busy busy sampai masa untuk diri sendiri pun tak de. Ok tak pe..sabar.

Finally dapat news dari keluarga sebelah my mum katanya adik sepupu saya nak kahwin. Guess what ? Bakal isterinya orang Terengganu..Wah !!!!! dapat bayangkan sakitnya pinggang nak drive ke sana.. tapi my husband sebenarnya yang drive huhuhu.. Saya rabun + silau sama waktu dengannya rabun jauh..hehehe.

First plan, abah saya cadangkan kitaorg tong tong duit (pemberian ikhlas) bagi kat pengantin..ha ! aduhai baru nak rasa angin laut..terbantut tapi lastly saya mohon cuti nak pergi menghantar pengantin kunun-kununnya..Lepas abah saya dengar je saya apply cuti, automatik dia pon apply cuti..ngeh..ngeh..ngeh.. Nampak tak ? Kuasa Veto anak sulong..

Wewettt..soalan yang terngiang-ngiang sekarang Terengganu daerah mana nih !!
Aduh tetiba my mum kata "Ke Seberang Takir ke kita ??" . Oh my Takir ?? Seberang ??
Saya akui tak pernah dengar kot nama tempat tu..klu Kuala Terengganu ke..Rantau Abang ke..Besut ke.. pernah lah dengar ye idok..Saya siap google street view bahaha Dunia di hujung jari. Ayat cliche sangat..

So, kitaorg pon gerak from KL 20 Mac 2015 jam 10.15 mlm dengan 2 buah kereta..Exora n Myvi. Kitaorg ni jenis family yg suka gerak or drive malam malam..Perjalanan lebih pendek rasanya daripada gerak waktu siang..tips ni !! Perjalanan kami sebenarnya 6 jam je tapi jadi 7 jam sebab banyak tempat kami menyinggah. Biasalah klu ramai family bermacam-macam ragam kan..huhuhu..berhenti je wassap..wassap je berhenti. Canggih kan ?? Kihkihkih Up to date sangat Wassap Group ko..

Lepas lalu semua tol, total RM yg terbayar lebih kurang RM24 jer. Kitaorg lalu Gombak>Bentong>AJIL sampai ke Kuala Terengganu ye ke ? Tup tup dah sampai biasa lah co-pilot tertidur plak..sorry abang. Lebih kurang 5.30 pagi kitaorg sampai kat rumah anak angkat my mum katanya. Bila masa terangkat pon tak tau huh !

Nak remind korang, klu pergi jalan jauh make sure Minyak petrol dalam tank FULL tau.. Jangan takuk minyak tu turun satu ke dua ke nti jadi macam saya. Saya dah kena, waktu tu lalu lebuhraya yg tiada lampu..yuhuuu lampu minyak saya dah kelip kelip kot..Masa tu menggelupur cari petrol station.. Dari ngantuk terus buntang biji matoku. Fuhhh nasib sempat sampai stesen Shell ingatkan dah kena tolak kereta tadi. Jangan tiru macam saya wawawawa..

Masa kitaorg sampai, terkejut tengok keluarga Zul n Hasanah dengan anaknya (dua budak perempuan kecik) sangat excited. Nak tau ?? Diorg ni dah segar sebab sebelum tu dah kena kacau ngan kita org sebab dok tanya stesen minyak kat mana..owh patutlah fresh jer diorg satu family kui.kui.kui..Sian diorg tapi tak pe cuti sekolah masa tu diorg pon cuti mengajar (dua-dua pon cikgu).

Nak jadikan cerita lepas solat Subuh je..terlelap sampai kesiangan..sampai adik saya tanya nak sarapan apa ? cakap pon dah macam org ngigau.."Nak nasi dagang..eh nasi kerabulah" Last last tak makan tapi ada yang dah tolong makan kan..erkkk. Tak lalu nak makan sebeb sebelum tido pagi tu saya dah makan banyak keping roti cicah sambal daging. No wonder lah tak lalu makan sangatkan hahaha..

Lepas bangun jer gosok baju, mandi, pakai baju, siapkan anak, siapkan suami. Done !! semua siap kitaorg pon gerak jam 11.30 pagi dengan 3 kereta campur family Zul skali.





Pas tu kitaorg singgah masjid area situ.. Rupa-rupanya pengantin dah lepas akad nikah wei !! Meh nengok gambar masa akad nikah sent by Pak Busu (adik my mum) through wassap lagi..canggih canggih









 Manis dan cantik orangnya !! Selamat Pengantin Baru !!
Lepas tu apa lagi, kitaorg ke ke rumah pengantin ler !! Dari jauh tapi dekat..mak aiii!! nampak bas rombongan pulak 


Sementara menunggu pengantin sebelah perempuan bagi green light..kitaorg apa lagi candid ler !! 






Nampak cool sobonar eh gigil ~~~~cover ngan cermin mata gelap kunun


Lepas dapat green light jer, kitaorg pon serang !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Budak kenit tu dah macam nak kena sunat bahaha ~~~~~ abang still cool wlpon Danish itu ringan..sian dia



 Saya sebenarnya nak tengok pengantin tetiba bila saya nak masuk ke rumah pengantin perempuan saya telah menyeberangi titi.. Nampak tak ?? Saya telah ke seberang takir..hihihihi




Sempat bergambar walaupon Danish dah boring !





my mum yg memang suka kiss sini kiss sana~~~







Amboi bukan main lagi Si jubah merah tuh !!
Yg duduk tengah2 tu adik my mum (Achik Imah n anaknya)
Semua muka sikit lebih kurang jer..


Pak Uda (Abg my mum) & Mak Uda (Ayah n mak pengantin lelaki)


Pak Busu (Adik lelaki my mum) & Mak Busu





Bahagianya dapat banyak..jom ambik agi hehehe


Rasanya, family kitaorglah paling banyak dapat gift daripada pengantin..3 kali edar..wohoooo~~~~ kita orang pon bergerak meninggalkan majlis dan tak lupa banyak amanat yg telah saya sampaikan pada si pengantin lelaki..sampai naik malu dia..tips2

Dah sampai ke kereta sementara tunggu kereta disejukkan dengan air-cond..kitaorg apa lagi wefieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~~~`




Kurus tak saya ??









ma dan anak pon sama jer perangai..
yg kitaorg terkejut tengok dalam gambar ni wajah adik kitaorg yg bongsu
macam2 memek dia buat (yg paling bawah skali tue)


Habis jer berwefie..kitaorg bergerak ke Pasar Payang...










Kitaorg sampai masa tu panas terik..turun jer lari terus masuk pasar deh~~~~



hahaha my sis sempat peace lagi tue!!



Buah kundang ni buat saya tak keruan..~~~~
Sekilo RM 30. 00 ni sebelum GST


Then, kitaorg pon balik dan sempat singgah di gerai yg jual keropok lekor..mmg terbaek keropoknya..






Sampai kat rumah anak angkat my mum terus pengsan tidur tak sedar diri.. Astagfiruhallazim..mmg penat sangat sangat sangat.. Kitaorg balik malam tu jugak lepas solat maghrib lalu Kemaman..





Ok itu sahaja cerita daripada pantai timur yang dapat saya kongsikan. So dah cover blog ni for a few months akan datang..ikut kerajinan saya pulak lah lepas ni for next post..Thanx sudi membaca hingga ke gambar yg gelap gelita itu..huhuhuhuhukkk



 




Powered by Blogger.