Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Hai semua..
Alhamdulillah dapat cuti & tidur yg lena.
Selamat berhujung minggu

Off di office tapi di rumah still on ya..
Lagi pon rindu nak berblog sbb sebelum ni busy dengan baby ke-2..this time baru ada masa & si kecil pon nak masuk 6 bulan dah. Ragam pon boleh tahan.

Tapi bila ada anak kecil ni..baju dia pon banyak kan. Atas katil, dlm almari, bakul & beg..

Tak kemas macam ni ha !




So, zue pon try cari solution melalui miss Google. Lastly jumpa blog Pn. Nazurah Hassan. Beliau memberikan info melipat menggunakan teknik 'tuck in'. Teknik ni sangat praktikal, jimat ruang & masa.

Berikut adalah teknik 'tuck in':-

1. Butang baju bayi bhgn atas & bawah


2. Letakkan bhgn depan di bawah & bhgn belakang di atas


3. Letak bersama seluar di bhgn atas belakang baju


4. Lipat bhgn bawah seluar selari dgn baju & bhgn belakang seluar lipat ke tengah


5. Lipat bhgn lengan baju ke tengah


6. Sebelah lagi bhgn lengan juga lipat ke tengah


7. Kemudian lipat 1/3 bhgn baju


8. Masukkan bhgn hujung baju di bhgn belakang baju


9. Macam ni lah rupanya


10. Ini pandangan dari sisi


11. Dah siap, mudahkan

Dah lipat boleh simpan terus dalam almari si comel anda.


Hopefully teknik ini dapat membantu mumy, bakal mumy and para suami. Selongkar macam mana pon still boleh dikemas. Selamat mencuba !


Assalamualaikum dan Hai,

Dah 13 Ramadhan kan ? Cepat betul masa berlalu..dekat seminggu juga tak update blog..
Janji nak update resepi hehehe tapi dah ke laut nampaknya..heeee

Almaklumlah order tart dah mula masuk..sibuk banyak lah jawabnya..Alhamdunillah rezeki

Sebenarnya nak war-war kan berita baik ni especially yang masih lagi mencari kuih raya bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan (area Senawang/Seremban).. Sekiranya korang (andaian shj)

1. Nak cepat dan mudah tak nak pening kepala (*_@)GST
or 
2. Nak fokus beribadah hingga hujung Ramadhan..InsyaAllah

Sebabnya zue baru je dapat info yang makcik zue masih buka tempahan untuk Kuih Corn Flakes homemade (legend) yang sangat ranggup dan dijamin sedap. Ye ke ? Ya beb sebab makcik zue guna corn flakes original yang ada pic ayam tue.. Untung korang ish.ish.ish (ma zue sampai merayu-rayu nak tempah)




Kalau korang nak tau..dulu-dulu kuih ni lah yang kami sekeluarga hadap dulu sebelum tetamu datang..bahahaha. Sampai kena marah ngan nenek kitaorang katanya tuan rumah lebih sudu dari kuah..kan. Pernah kena sorok tu macam barang seludup plak..bila kitaorang nak gerak balik KL barulah kuih ni muncul semula sebabnya nenek kitaorang tapau kan (tak sampai hati nanti leleh air liuq cucu2). Harga berpatutan masih bawah RM20..kalau beli banyak2 yang tu korang boleh runding dengan Pn. Rahimah my auntie (^___^) Y hokey !!

Ok cerita berdegar-degar pon tak guna kalau nak tempah boleh hubungi terus:-




Puan Rahimah - 0123257675 @ 066791778



P/s : resepi siakap 3 rasa will update later..InsyaAllah



Assalamualaikum dan Hai,

Alhamdunillah hari ni dah masuk 7 Ramadhan 1436. Terima kasih sebab masih sudi membaca entri zue kali ni. Nak inform juga jumlah pembaca blog ni makin hari makin bertambah. Ya lah sebelum ni zue tidak kerap update blog ni mungkin pembaca nak sesuatu yang lain atau penulisan zue tidak sebagus bloger-bloger yang otai. I'm newbies.

Tapi tak pe, zue akan cuba memperbaiki yang mana kurang. Zue tidak sempurna tapi akan mencuba mencari kesempurnaan..cewah. Tujuan zue update resepi kat blog ni pon sebenarnya nak share ngan korang one more thing zue ni pon pelupa kalau dah banyak sangat menu dalam kepala..Thats why kalau lupa boleh lah rujuk kat sini..kan

Seperti yang dijanjikan zue nak bagi resepi Ikan Cencaru Sumbat hari ni. Maaflah sebelum ni tak berkesempatan nak update sebab my hero yang kecil tu perlukan perhatian sejak petah bercakap. Korang nak tau ke word tag line dia sekarang ni ?? "Ru teh ru teh barulah puteh" memang zue dan husband tak kering gusi dengan keletah Danish sekarang ni. 

Lagi satu dah 2 hari zue gantung periuk kuali belanga, bukan sebab beli kat bazaar tapi sebab ma zue bagi nasi ayam hari tu dan semalam adik zue belanja bbq DIY hahaha..Tq so much bro.. Ok here the resepi ikan cencaru hari tu..





~Ikan Cencaru Sumbat~
Sumber : Majalah Saji Julai 2012

Bahan-bahan

2 ekor ikan cencaru yang telah disiang dan dibelah dibahagian belakang
1 sudu besar lada sulah
5 tangkai cili kering 
6 tangkai cili merah 
6 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci hali
1 inci lengkuas
1 batang serai dipotong kecil
1 sudu kecil belacan yang telah dibakar
2 sudu kecil udang kering
sedikit air
minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

Cara-cara

Gaulkan ikan bersama lada sulah dan perap seketika sebelum digoreng/dibakar


Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam pengisar dan tambah sedikit air. Kisar semua bahan tadi sehingga hancur. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga keluar minyak. Angkat dan ketepikan.

Masukkan bahan tumis tadi di belakang ikan secukupnya dan goreng ikan tadi sehingga masak atau dibalut dengan daun pisang dan bakar. Terpulang kepada tuan/puan/cik samada ikan tadi digoreng atau dibakar. 

~Sos Kicap Pedas-

Bahan-bahan

6 biji cili padi
2 ulas bawang putih dibakar
1 biji bawang merah dipotong dadu
5 sudu kicap manis
3 sudu kicap masin
2 biji limau kasturi

Cara-cara

Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat. Kaup dan masukkan ke dalam mangkuk serta gaulkan bersama bawang dan kicap. Akhir sekali tambahkan air perahan limau kasturi. Siap..nyum.nyum.nyum

Boleh dihidangkan bersama sos kicap pedas atau air asam. Selamat mencuba !






Assalamualaikum dan Hai semua,

Nak bagitau hari ni dapat satu wassap yang rare dari cust..huhuhu terharu zue





Sebenarnya zue masih buat cheese tart di bulan Ramadhan yang mulia ini cuma post pic-pic yang menggoda itu tiada di FB tapi ada di IG. Mulai minggu depan InsyaAllah tempahan akan mula dibuat al-maklumlah gaji dah masuk.

Bagi cust yang rajin bertanya dan sering lupa bila dah inform kat sini zue berikan sedikit panduan untuk membuat tempahan cheese tart ya..sukalah tue

1.   Korang kena decide jenis tart dan filling yang korang nak dulu. Disini zue lampirkan pic jenis tart yang ada dalam production ^__^




then korang mesti tertanya-tanya cheese tart apa yang selalu cust beli
Jawapan : Mix tart (pic tengah) yang paling banyak cust tempah sebab semua perisa ada dalam satu box. Senang rasa semua dulu then next order boleh order yang mana korang suka jer..



2.   Untuk makluman korang ada 2 size yang zue buat satu mini tart (4cm) dan standart (5cm). So yang biasa cust tempah adalah size 5cm puas hati katanya..

3.   Lepas tu korang kena decide packaging box atau container. Sila lihat pic-pic di bawah:-

box (tersusun cantik)

container (bertindih)

Selalunya kalau nak buat jamuan or meeting cust zue selalu pilih yang box sebab cheesetart still cantik dan gebu. Kalau nak buat makan-makan or nak tahan lasak lebih baik letak dalam container sebabnya tart ni sensitif kalau korang naik motor bawa cheesetart confirm tart korang upside down. Tak sempat nak selfie tart tu huhuhu.

4.   Pilih tarikh korang nak kalau boleh lagi awal lagi bagus sebab zue takut stok barang cheesetart ada yang tak cukup nak buat tart korang..sapa yang susah korang juga yang tak dapat nak tempah..Lebih afdal 5 hari sebelum tarikh tempahan..ok sayang korang.. 

5. Bagi harga tempahan tart korang just wassap shj (019-3078836) dan zue akan hantar price tu ok..

Kesimpulannya korang decide flavour, saiz, packaging, tarikh tempahan dan harga akan dihantar selepas itu.

Untuk penghantaran pula korang boleh pick up or nak zue delivery charge akan dikenakan. Boleh runding


Sedap ke tart zue ??..Alhamdunillah semua feedback sebelum ini kata sedap. Tak percaya boleh ke FB page zue semua testimoni ada kat situ..

Bagi yang ingin menempah sebelum raya (mulai 24 Jun sehingga 10 Julai 2015) selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan..

zue tak nak jadi macam tahun lepas last minit baru dapat balik kampung huwa.huwa.huwa   

Jika tempahan selepas raya mulai 23 Julai 2015. Harap maklum..Terima kasih ya;)








Assalamualaikum & Hai !

Nak berpantun sikit malam ni

Gendang gendut
Tali kecapi 
Kenyang perut 
Senang hati..

Nampak tak permainan dia kat situ..bahaha kalau nak bangun pon rasa nak mengensot jer..

Hari ni memang kenyang sangat Alhamdunillah..sebab..sebab apa ? sebab lauk memang lauk favourite gitew.. Mana taknya sampai tong gas pon habis asyik masak memanjang..sian husband kena cari tong gas baru..

Ok tak pe..nak share ngan korang resepi hari ni dan semalam. Hari ni zue masak kerang masak kicap pedas dan semalam ikan cencaru sumbat. Simple but nice huhuhu.. Zue share resepi kerang dulu ok..




~Kerang Masak Kicap Pedas~
Resepi asal: My mum (Pn. Noraini Abd Rahman)

Bahan-bahan

2 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
6 biji cili padi ditumbuk
2 batang serai dititik
1 kilo kerang yang telah dicuci bersih
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap masin
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk bersama serai sampai wangi. Masukkan kerang dan kicap dan sos tiram serta tambahkan sedikit air.

Kacau dan tutup dengan penutup kuali atau periuk. Masak dengan api sederhana sehingga kulit kerang terbuka. Kalau dah terbuka maknanya kerang tu dah masak. Senang dan mudah bukan. So apalagi boleh cuba untuk menu berbuka esok..

Ni main course, kalau side dish zue masak sayur terung blackpaper..lagi mudah lagi senang




~Terung blackpaper~
Resepi asal: Mak mertua (Pn. Hj. Jamilah)

Bahan-bahan

6 batang terung panjang dibelah 4 tapi jangan sampai putus
2 sudu besar lada hitam ditumbuk
1 sudu kecil garam ditumbuk

Cara-cara

Masukkan bahan tumbuk tadi kedalam celah terung yang telah dibelah dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan sedia dihidang..memang mudah terima kasih mak ajar resepi mudah ni kat zue..

Menu ikan bakar esok je lah zue cerita..mata dah tak boleh nak buka nampak semuanya kabur je ni..Selamat malam dan selamat bersahur esok








Assalamualaikum dan Hai,

Lahai tak sabar rasanya nak cerita apa yang terjadi semalam. Sorry baru dapat update sebab bos kecik guna laptop. Ni hal semalam, biasalah hari Jumaat petang kalau balik memang tak sah kalau tak jammed. Ingatkan tak sempat masak sebab pagi tu dah kirim barang-barang basah dengan Ma (panggilan singkat Mama) zue.

Jam tangan dah 6.15 petang. Dalam hati sempat ke nak ambil Danish pastu nak masak lagi. Sampai rumah tepat jam 6.30 petang terus meluru ke dapur. Siap-siap siang semua barang nak pakai sebab kat ofis memang dah set dalam kepala nak masak apa. Paling penting perancangan mesti ada, kalau tak nanti semua serba tak kena. 

Sebelum balik petang semalam member ofis siap bagitau jangan lupa update resepi..hihihi

Hobi baru di bulan Ramadhan ni mesti menghadap resepi depan pc waktu lunch yang singkat kan ? samalah kita pastu tahan air liur..ish.ish.ish buruk perangai.

Nak dijadikan cerita zue pilih masakan gabungan bila disatukan meletop ! Alahai orang dulu-dulu kan suka cakap lauk ni kena lawan dengan lauk ni. Jadi maknanya sambal lawan masak lemak baru umph ! Di sini zue sertakan 2 resepi yang meletop tue.



~Sambal Udang Petai~
Resepi Asal : Farah Sya

Bahan-bahan

10 ekor udang basah - zue buang urat hitam belakang udang 
1 mangkuk kecil cili kering - zue letak lima sudu besar 
1 mangkuk kecil petai - zue guna 3 papan petai
1 biji bawang besar ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar kicap manis - tiada dalam resepi tapi zue tambahkan
garam secukup rasa


Cara-cara

Panaskan minyak masak dan tumis cili kering sehingga keluar minyak. Apabila cili telah garing, tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.

Tambahkan air asam jawa dan perasakan dengan garam (zue letak 2 cubit) serta air. Setelah kuah mendidih masukkan petai diikuti udang.

Akhir sekali zue tambahkan kicap manis untuk seimbangkan rasa dan siap untuk dihidang.



~Kobis Masak Putih~
Resepi asal: Kak Azlita masam manis

Bahan-bahan

1/2 biji kobis - zue potong halus 
5 ekor udang - zue tukar ikan bilis 1 mangkuk kecil
3 ulas bawang merah - zue guna 1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih dihiris halus
2 batang serai diketuk- zue tak sempat letak tapi still sedap
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 biji santan kelapa atau 1/2 santan kotak
sedikit air
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis serai, bawang merah dan putih serta ikan bilis/udang hingga wangi. 

Masukkan santan dan tambahkan air sehingga kuah tidak terlalu pekat. Kacau supaya santan tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam setelah kuah mendidih.

Akhir sekali masukkan kubis dan cili merah yang telah dihiris. Kacau dan tutup api tidak perlu masak terlalu lama. Dah siap boleh dihidang..


p/s : Suami zue suka sangat sambal udang petai sebab zue selalu masak guna ikan bilis, Danish pula suka kobis masak putih nak nak tambah dengan kicap manis kipas udang..keluarga suka, zue pon bahagia hehehe. Selamat mencuba ! Menu berbuka hari ni update esok pulak ya ^__^















Assalamualaikum dan Hai,

Masih sempat rasanya zue nak mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca-pembaca blog di sini. Pejam celik dah masuk 2 Ramadhan hari ni. Sekejap rasanya.

Masuk je Ramadhan perkara yang menjadi rutin adalah melihat resepi di internet sampai zue tak pasti nak masak menu apa untuk berbuka..hehehe
Tapi untuk Ramadhan kali ini zue akan memasak untuk family (suami dan anak zue yang sorang tue). Lebih selamat dan dijamin kebersihannya.

Jika berkesempatan, InsyaAllah setiap resepi yang zue masak sepanjang bulan Ramadhan ini akan diupdate di blog ni..so bolehlah dijadikan rujukan setiap kali bersilat di dapur..

Hidangan pertama yang membuka lembaran pada 1 Ramadhan 1436 hari tu adalah ayam kicap blackpaper kentang.




~Resepi Ayam Kicap Blackpaper Kentang~

Bahan-bahan

2 keping peha ayam - dipotong jadi 2 bahagian tied dan 2 peha (dicampur kunyit & garam dan digoreng ketepikan)
2 biji kentang - dipotong wedges (digoreng sehingga kekuningan dan ketepikan)
2 labu bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang putih - diracik halus
1 inci halia - diracik halus
1 sudu besar blackpaper - ditumbuk halus
2 sudu besar sos blackpaper 
2 sudu besar kicap manis ABC
1 sudu besar kicap masin
5 biji cili padi
1 cawan air 
sedikit minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih serta halia sehingga naik bau. Masukkan pula blackpaper yang ditumbuk tadi. Biarkan seketika.

Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng bersama sos blackpaper dan semua kicap. Tambahkan sedikit air supaya kuah tadi tidak terlalu pekat. Biarkan mendidih seketika.

Jika sukakan pedas, tambahkan cili padi ikut kepedasan yang disukai. Akhir sekali masukkan kentang yang digoreng tadi dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba !









Powered by Blogger.