Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Saya nak share ngan korang satu benda. Sejak akhir-akhir ni ramai tetamu yang tak diundang datang ke rumah saya. Nak-nak musim hujan dengan buah memang rajin betol diorang bertandang. Nak tahu sapa ?? jawapannya..

S.E.M.U.T.

Tengok pic kat atas banyak kan ?? tu semua guna kroni

Bukan tak sudi terima kehadiran mereka tapi kalau dah buat onar korang suka ke ??
Rasa-rasanya mungkin korang ada masalah yang sama dengan saya.

So, saya dah cari solution dan sangat sangat berkesan !! daripada guna penyembur serangga (",)/

Caranya guna CUKA jer ~~~


~Bahan-bahan~
1. mangkuk
2. cuka
3. air
~Cara-caranya~
Campurkan semua bahan tadi dah siap !!
Lepas tu korang mop lantai ke lap meja dengan campuran air dan cuka tadi. Macam ni.. saya lap kat my drawer..ngeh.ngeh.ngeh..


Saya buat ni masa 30 November 2014, hari ni dah 9 Disember 2014 semut semua dah hilang !! Baru diorang tahu sapa saya kan.. tak berani buat onar lagi dan tak perlu nak sembur racun serangga.. confirm jimat dan selamat.

Kalau korang nak tukar cuka dengan lemon pon boleh juga!! lagi wangi dan kena keluar kos sikit lah..



Jadi masalah semut confirm hilang !! Saya dah mencuba korang bila lagi ??


Selamat mencuba ya !! 

Assalamualaikum & Hai !!

Lama rasanya tak post kat blog ni..
Rasanya last post Jun hari tu masa musim panas.. 
Sekarang ni dah musim hujan TTTTTTTTTT
Saya bz sangat2 dengan..





Nampak tak saya kat belakang tu hehehe mmg bz


Tapi takpe, saya just nak inform dan share dengan korang 1 thing..
Finally saya dah ada price list cheese tart yang ada dalam production..
Ha suka latew :)

Bukan apa, ramai yang nak tahu harga terus
lecehkan pm pm ni ;P
Untuk regular, new and future cust saya..
Here I attach as requested :-





Mix tarts/Tart rojak


Bagi cust yang nak rasa semua jenis tart yang ada(campur2)..
macam pic di atas..
Saya bagi dengan harga promosi sehingga akhir bulan Oktober ini..
dengan harga RM 20 sahaja untuk 25 pcs..
Jadi, tunggu apa lagi ^__^ v
Tempahlah sekarang !!

Kepada cust yang setia, terima kasih saya ucapkan kerana memberi sokongan yang tak berbelah bahagi..
Untuk cust baru, pon terima kasih daun keladi, kalau nak boleh order lagi..
Future cust, pesanan saya.. tak kenal maka tak cinta lah jawabnya ngan tart saya..

Walau apa pon terima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya..
Especially my family (my husband, Kh. Danish, siblings, colleague, friends and all my cust).



Nak order:

Inform 3 @ 4 hari lebih awal ya !!
Wassap/sms: 0193078836
page IG: http://instagram.com/zuliana_azman
Cod: UM, Sentul, Gombak & Sekitar kwsn Kuala Lumpur 
Akhir kata, terima kasih dan salam hormat.. wassalam =)

Assalamualaikum..
Korang perasan tak, akhir-akhir ni cuaca kat Malaysia agak panas dari pagi sampai ke malammm (bahang dunia ya bukan bola sepak wokey..). Bangun-bangun tido je basah lencun macam kena simbah air sebaldi bahaha...(jangan nak fikir yang bukan-bukan).
Daripada sumber yang dipercayai, fenomena El-Nino telah melanda negara kita. Tak percaya boleh baca artikel di sini. Mohon korang jaga kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Dalam cuaca begini boleh memberi kesan dan mengakibatkan strok panas (jangan main-main).
Bukan fenomena tu jer, sekarang ni lagi "hot" adalah isu kejap haram kejap halal, premis kotor, cara proses yang menjijikkan  berleluasa di media massa (contoh: bila buka FB, ada je cerita/kes di timeline berjela-jela sampai juling biji mata ni). Yalah melibatkan sensitiviti orang islam woii !!. Tapi bagus juga isu ni timbul, at least kita sebagai pengguna lebih berhati-hati dan teliti dalam mencari kehalalan setiap barang. Tapi susah nak cakap kadang-kadang jenama makanan tu dah jadi "a trusted brand" dari generasi ke generasi (turun-temurun senang cerita).
So, the moral of the story, kalau yang malas masak tu rajin-rajinlah ke dapur ya ^_^ bukan saja halal dan bersih lagi yakin malah dapat ganjaran pahala (berganda-ganda lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang nak tiba ni). Hadis pon ada meriwayatkan tentang :
Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami & Anak-Anak
Rasullah SAW berkata kepada puteri kesayangannya:-
"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan membina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a).
Dengar tu wah besar ganjarannya.. apa kata kita sama-sama memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan bidang masak-memasak ni.. mulai hari ni ke, esok ke..lusa ke.. apa yang penting keikhlasan tau bukan dipaksa-paksa.. tp emergency nak wat cam mana ya tak hihihi..beli je tapi check dulu kebersihannya..:)
Dipendekkan cerita, actually saya nak bagi resepi "Blueberry Cheese Tart" (seperti yang dijanjikan) tak tipu punya so korang boleh cuba sendiri..
Tart Shell (Resepi asal SK)
Bahan-bahan
170 gram margerin (jenama Buttercup)
50 gram gula aising
1 biji telur gred C (saya guna B)
1 sudu teh esen vanilla
290 gram tepung gandum
Cara-cara + tips
1. Kacau margerin dan gula aising hingga mesra dengan senduk kayu (tak perlu lama-lama)
2. Masukkan telur dan esen vanilla gaul hingga sebati
3. Kemudian tepung dimasukkan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh diuli menjadi doh. Jika terlebih tepung, tart shell akan menjadi keras. Sukatan telur bergantung kepada gred telur yang digunakan
4. Setelah doh siap, rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 2 jam ke atas
5. Lepas tu boleh lah bentukkan doh tadi dalam mould tart (macam pic di bawah) dan bakar dengan suhu 170-180 darjah selsius selama 25 minit (suhu bergantung pada oven masing-masing). Opsss sebelum terlupa jangan lupa cucuk ngan garfu bahagian bawah tart.

 cuba teka berapa biji semua nya ? hahaha =P
Jika dulu saya bentukkan tart secara manual (pakai jari hokey) tapi sekarang dah advance guna gajet..wahwahwah. Memperkenalkan mesin cetak tart ( kelas kau Maria)..

 silau mata macam kilauan emas..^_^ (kisahnya tak pandai ambil pic lantaklah)

step by step cara gunakan mesin cetak tart..mudah, cepat dan mesra ^____^
Harganya sangat berpatutan. Bak kata SK "Alah membeli menang memakai ya tak" . Bagi saya ini satu pelaburan dan menjadikan kerja tart mengetart bertambah cepat dan mudah. Nak buat 5 adunan "piece of cake jer" wahwahwah..
Selalunya jual beli kat on-line ni kita susah nak percaya betul tak ? (Istikharah 2 rakaat minta petunjuk klu tak mimpi ikut gerak hati kata ustazah dalam IKIM.FM) ? tapi hati saya kuat untuk menghantar mould kepada SK. Saya hantar mould pada 5 Mei 2014 pas tu dapat barang selepas 6 hari bekerja. Rezeki saya dapat awal katanya..Alhamdunillah. Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh klik kat sini. Sk bantu saya, saya bantu SK hehehe suka lah tu senyum ^___________________^ sampai 360 darjah..
Krim Filling

Bahan-bahan
250 gram krim keju (jenama Philaphedia) - guna selepas 20 minit dikeluarkan dari peti sejuk
50 gram gula castor
1 biji telur gred B
1 sudu teh esen lemon/vanilla (better lemon)

Cara-cara + tips
1. Gunakan hand mixer dan pukul krim keju dan gula kastor (tak perlu kembang)
2. Masukkan telur dan esen lemon hingga sebati (tiada ketul-ketul)
3. Kemudian masukkan dalam piping bag
4. Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru (apa-apa warna pon boleh janji cantik) - saya guna blueberry yuhuuu! senang keja
5. Lepas tu masukkan filling blueberry dalam piping bag dan picit kedalam tart shell (saya suka part ni boleh isi banyak2 ikut suka)
6. Picit pulak krim keju tadi sampai penuh ruang tart shell.
7. Gunakan lidi yang bersih (kotor tak mo) dan lorekkan adunan krim. 
8. Bakar dalam suhu 170 darjah selsius lebih kurang 5-10 minit until keju x lekat dijari, klu lekat tambah lagi seminit dua.
Siap !! dah boleh makan ^______^


Selamat mencuba! Klu rasa malas sangat or nak rasa air tangan mama Danish ni bolehlah order. Blueberry tart, egg tart, fruit tart, choclate tart.. kulit tart pon ada abang kakak makcik pakcik..meh jenguk sini murah & berpatutan B-)

Nak order:

Inform 3 @ 4 hari lebih awal ya (TQ)
Wassap/sms: 0193078836
PM di page FB: Zue Azman
Cod: UM, Sentul, Gombak & Sekitar kwsn lain (boleh runding n caj penghantaran dikenakan)

Akhir kalam, terima kasih daun keladi..kerana kasih membaca blog ini, somoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sekian, salam hormat.. wassalam =)








 
 
 
Bismilahirrohmanirrohim,

Assalamualaikum & Selamat sejahtera ^_^ kepada yang sudi membaca entri saya kali ini.
Maaf ya ('',) bulan lepas tak sempat nak publish apa2 kat blog sebab ada event yang perlu diuruskan di UM sebab saya salah seorang sekretariat untuk event tue (utamakan kerja hakiki beb).

Dipendekkan cerita saya ni suka makan chesse tart termasuklah rakan2 ofis baik muda mahupun yang otai (benda sedapkan sapa yang tak suka ya dak ??). Pada suatu hari adalah sorang anak dara nie merangkap rakan sekerja tak padan dengan kecik ada hati mencabar saya "Kak Zue trylah buat blueberry cheese tart, bawa sample kat ofis kalau sedap saya beli" katanya bukan saya kata ;P.

Saya pon try cari resepi kat blog hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan cuma tahun tak sempat lg, last2 saya jumpa blog ni klik di sini . Kiranya dia lah sifu saya di alam maya walaupon jauh di mata tapi dekat dijari hehehe...
Seri Kandi Tanah Jauhar nama diberi,
Bunyinya gagah dan sangat berani,
Terima kasih berkongsi resepi,
Keranamu akhirnya ku berjaya kini..

Wah !! pantun gitu.

Apa yang saya boleh kongsi disini, beliau seorang wanita yang bersemangat waja, selalu berperibahasa dan yang penting tak kedekut ilmu..(ikhlas sis) senyum sampai ke telinga jika tengah membaca blog ini..ngeh..ngeh..ngeh.
Korang nak tengok tak my first baby cheese tart.. Addoi !! indah khabar dari rupa (biasalah budak baru belajarlah katakan, karang cantik sangat korang ingat saya tipu) maafkan saya ^_^ suka fikir -ve kan huhuhu..
First order dari ofis

Cuba tengok betol2 dah lah bantat (kek tak naik), huru-hara segala-galanya lah..tapi berkat sokongan daripada semua pihak terutama suami n Danish, Ma n Abah, keluarga, dan tak lupa rakan2 sekerja yang tak putus2 beli tart dari saya (masyukkk)..

Finally jadilah cenggini tadaaaaaa..



Dah tak tau order yang keberapa ?? Cantikkan, gebukan ??


Lebih kurang 6 bulan saya menceburi bidang ni (fakta ya bukan auta). Apa yang saya nak cakap kat sini, setiap orang patut diberi peluang dan kita juga kena terima pendapat orang lain (customer always right kan..angguk2 kepala). Kita pon apa lagi kena pandai ambil peluang pada tempat dan masa yang betul Insya'Allah berjaya.

Akhir kata, terima kasih banyak2 kat awek tadi tanpa dia, tak kan ada cheese tart di rumah saya..di ofis atau dimana-mana kawasan yang sama waktu dengannya itulah saja kisahnya..

Insya'Allah next entri saya akan berkongsi resepi (sabar ya) dan kajian yang telah saya lakukan ke atas tart2 di atas (bukan janji tapi pasti). Nama pon kerja kat UM (research university) mana tau ilmu yang dikongsi dapat melahirkan lagi pembuat tart yang berjaya dan seangkatan dengannya.. ^_^ 

Stay tuned ya !! "

Saya tidak sempurna, cuma mencari kesempurnaan dalam hidup yang singkat ini" ;)

Zue Azman
5/6/14



بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera
readers

Long time no see..
dah bersawang blog ni rupanyer..ngeh.ngeh.ngeh
fuh.fuh.fuh bersihkan cam semak jew hak.hak.tui


Today, I nak share resepi dengan korang 
maybe korang lagi smart & master chef drpd I
but x salah kan klu tukar selera @ angin (bukan kentut k)
hehehe
asyik2 menu yg sama jew 

Apa kata korang adjust sikit but still healthy menu 
yg penting jimat time u..(cam i kan bz women)
so 
why not u try Peria Katak 

Ngeri jew bunyi nyer
eja depan sama, belakang pon sama 

Lompat si katak lompat
Lompat lah tinggi2
apa yg cik adik dapat
masa hari jadi bahahahaha jadi bahan
(tetiba teringat cite Ali Setan)

Korang tau tak ???
banyak sebenarnya benefit mkn Peria nie wlaupon pahit *_*
Here some info about peria..... 

walaupon i bukan pencinta daun hijau 
but 
semuanya berubah after married 
I fell in love with ulam2 

Ibarat se keras2 kerak nasi
akhirnya 
lembut jua (mcm hati I)
berubah sudah T___T ( x payah nak drama queen sgt)

Ok tanpa membuang masa

Bahan2 nya:

1/2  kg daging dipotong kecil & nipis (easy to chew)
sedikit kunyit 
secubit garam (ikut suka)

2 labu bawang besar (lagi banyak lagi sedap I like)
I biji cili besar @ cili api (pon boleh T___T pedas cikit)
* nak add garlic pon boleh hentam sajelah

Cara2 nya:

1. Gaul daging+kunyit+garam

2. Masukkn dlm kuali + air sampai daging tenggelam bukan karam k :p

3. Utk lembutkn daging td put 1 sudu minyak masak

4. Rebus sampai air kering & make sure daging td lembut klu x tambah air lagi. Please take noted that..(wah !! garang nyer)

5. Air dah pon kering, tambah minyak untuk menggoreng daging tadi.

6. Dah masak angkat daging tadi & tumis plak bawang+cili+bawang putih+peria (nak kurangkn pahit peria korang boleh cuci dgn air garam & rendam setengah jam)

7. Masukkn daging, kacau & siap !!




Selamat mencuba

XOXO :p

p/s: mlm tadi makan x cukup kot coz sedap sangat (boleh x ?)
       one more thing tulisan besar coz i rabun huhuhu

zueazman
21/3

Test 1.2.3
ehem..ehem..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers.. (sopan sangat)

Finally
I have my own blog - mood bangga sangat 3x (apa da ketinggalan betul)


Tapi x pe..this blog adalah 1 of my dreams 4 this year (2014)
Asyik baca blog orang jer..
Why not ada blog sendiri (cewah mcm bagus jer)

Sebenarnya blog ni dah lama create cuma owner jer inactive 
Sekarang I dah muncul

So
Teruskan membaca this blog
Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana ??
Cu teka..cu teka 

My life as a staf di U......... ......,
Anak kepada En. Man & Pn. Ani, 
Kakak sulong drpd 8 beradik, 
Isteri kepada En. Kh. Azhari 
Mama kepada Kh. Danish
  ngeh..ngeh..(banyak tol jawatan diberikan)




That's me :p

Walau apa sekali pon halangan yg melanda
hidup ini tetap diteruskan (rasa cam dialog iklan pon ada kan.kan)

I tetap bersyukur kepada Allah 
kerana 
masih diberi kesempatan hidup & bernafas dengan percuma di atas bumi ini
(maklumlah sekarang nie mana ada FOC)

Ok see u all's next time 
but x pasti bila 
maybe dalam tempoh terdekat
siapa tahu
esok ke, lusa ke atau x muncul2 (mmg dasar pemalas)

XOXO


zueazman
3/3/14





Powered by Blogger.