Assalamualaikum..
Korang perasan tak, akhir-akhir ni cuaca kat Malaysia agak panas dari pagi sampai ke malammm (bahang dunia ya bukan bola sepak wokey..). Bangun-bangun tido je basah lencun macam kena simbah air sebaldi bahaha...(jangan nak fikir yang bukan-bukan).
Daripada sumber yang dipercayai, fenomena El-Nino telah melanda negara kita. Tak percaya boleh baca artikel di sini. Mohon korang jaga kesihatan diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Dalam cuaca begini boleh memberi kesan dan mengakibatkan strok panas (jangan main-main).
Bukan fenomena tu jer, sekarang ni lagi "hot" adalah isu kejap haram kejap halal, premis kotor, cara proses yang menjijikkan  berleluasa di media massa (contoh: bila buka FB, ada je cerita/kes di timeline berjela-jela sampai juling biji mata ni). Yalah melibatkan sensitiviti orang islam woii !!. Tapi bagus juga isu ni timbul, at least kita sebagai pengguna lebih berhati-hati dan teliti dalam mencari kehalalan setiap barang. Tapi susah nak cakap kadang-kadang jenama makanan tu dah jadi "a trusted brand" dari generasi ke generasi (turun-temurun senang cerita).
So, the moral of the story, kalau yang malas masak tu rajin-rajinlah ke dapur ya ^_^ bukan saja halal dan bersih lagi yakin malah dapat ganjaran pahala (berganda-ganda lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang nak tiba ni). Hadis pon ada meriwayatkan tentang :
Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami & Anak-Anak
Rasullah SAW berkata kepada puteri kesayangannya:-
"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan membina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a).
Dengar tu wah besar ganjarannya.. apa kata kita sama-sama memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan bidang masak-memasak ni.. mulai hari ni ke, esok ke..lusa ke.. apa yang penting keikhlasan tau bukan dipaksa-paksa.. tp emergency nak wat cam mana ya tak hihihi..beli je tapi check dulu kebersihannya..:)
Dipendekkan cerita, actually saya nak bagi resepi "Blueberry Cheese Tart" (seperti yang dijanjikan) tak tipu punya so korang boleh cuba sendiri..
Tart Shell (Resepi asal SK)
Bahan-bahan
170 gram margerin (jenama Buttercup)
50 gram gula aising
1 biji telur gred C (saya guna B)
1 sudu teh esen vanilla
290 gram tepung gandum
Cara-cara + tips
1. Kacau margerin dan gula aising hingga mesra dengan senduk kayu (tak perlu lama-lama)
2. Masukkan telur dan esen vanilla gaul hingga sebati
3. Kemudian tepung dimasukkan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh diuli menjadi doh. Jika terlebih tepung, tart shell akan menjadi keras. Sukatan telur bergantung kepada gred telur yang digunakan
4. Setelah doh siap, rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 2 jam ke atas
5. Lepas tu boleh lah bentukkan doh tadi dalam mould tart (macam pic di bawah) dan bakar dengan suhu 170-180 darjah selsius selama 25 minit (suhu bergantung pada oven masing-masing). Opsss sebelum terlupa jangan lupa cucuk ngan garfu bahagian bawah tart.

 cuba teka berapa biji semua nya ? hahaha =P
Jika dulu saya bentukkan tart secara manual (pakai jari hokey) tapi sekarang dah advance guna gajet..wahwahwah. Memperkenalkan mesin cetak tart ( kelas kau Maria)..

 silau mata macam kilauan emas..^_^ (kisahnya tak pandai ambil pic lantaklah)

step by step cara gunakan mesin cetak tart..mudah, cepat dan mesra ^____^
Harganya sangat berpatutan. Bak kata SK "Alah membeli menang memakai ya tak" . Bagi saya ini satu pelaburan dan menjadikan kerja tart mengetart bertambah cepat dan mudah. Nak buat 5 adunan "piece of cake jer" wahwahwah..
Selalunya jual beli kat on-line ni kita susah nak percaya betul tak ? (Istikharah 2 rakaat minta petunjuk klu tak mimpi ikut gerak hati kata ustazah dalam IKIM.FM) ? tapi hati saya kuat untuk menghantar mould kepada SK. Saya hantar mould pada 5 Mei 2014 pas tu dapat barang selepas 6 hari bekerja. Rezeki saya dapat awal katanya..Alhamdunillah. Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh klik kat sini. Sk bantu saya, saya bantu SK hehehe suka lah tu senyum ^___________________^ sampai 360 darjah..
Krim Filling

Bahan-bahan
250 gram krim keju (jenama Philaphedia) - guna selepas 20 minit dikeluarkan dari peti sejuk
50 gram gula castor
1 biji telur gred B
1 sudu teh esen lemon/vanilla (better lemon)

Cara-cara + tips
1. Gunakan hand mixer dan pukul krim keju dan gula kastor (tak perlu kembang)
2. Masukkan telur dan esen lemon hingga sebati (tiada ketul-ketul)
3. Kemudian masukkan dalam piping bag
4. Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru (apa-apa warna pon boleh janji cantik) - saya guna blueberry yuhuuu! senang keja
5. Lepas tu masukkan filling blueberry dalam piping bag dan picit kedalam tart shell (saya suka part ni boleh isi banyak2 ikut suka)
6. Picit pulak krim keju tadi sampai penuh ruang tart shell.
7. Gunakan lidi yang bersih (kotor tak mo) dan lorekkan adunan krim. 
8. Bakar dalam suhu 170 darjah selsius lebih kurang 5-10 minit until keju x lekat dijari, klu lekat tambah lagi seminit dua.
Siap !! dah boleh makan ^______^


Selamat mencuba! Klu rasa malas sangat or nak rasa air tangan mama Danish ni bolehlah order. Blueberry tart, egg tart, fruit tart, choclate tart.. kulit tart pon ada abang kakak makcik pakcik..meh jenguk sini murah & berpatutan B-)

Nak order:

Inform 3 @ 4 hari lebih awal ya (TQ)
Wassap/sms: 0193078836
PM di page FB: Zue Azman
Cod: UM, Sentul, Gombak & Sekitar kwsn lain (boleh runding n caj penghantaran dikenakan)

Akhir kalam, terima kasih daun keladi..kerana kasih membaca blog ini, somoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sekian, salam hormat.. wassalam =)








 
 
 
Bismilahirrohmanirrohim,

Assalamualaikum & Selamat sejahtera ^_^ kepada yang sudi membaca entri saya kali ini.
Maaf ya ('',) bulan lepas tak sempat nak publish apa2 kat blog sebab ada event yang perlu diuruskan di UM sebab saya salah seorang sekretariat untuk event tue (utamakan kerja hakiki beb).

Dipendekkan cerita saya ni suka makan chesse tart termasuklah rakan2 ofis baik muda mahupun yang otai (benda sedapkan sapa yang tak suka ya dak ??). Pada suatu hari adalah sorang anak dara nie merangkap rakan sekerja tak padan dengan kecik ada hati mencabar saya "Kak Zue trylah buat blueberry cheese tart, bawa sample kat ofis kalau sedap saya beli" katanya bukan saya kata ;P.

Saya pon try cari resepi kat blog hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan cuma tahun tak sempat lg, last2 saya jumpa blog ni klik di sini . Kiranya dia lah sifu saya di alam maya walaupon jauh di mata tapi dekat dijari hehehe...
Seri Kandi Tanah Jauhar nama diberi,
Bunyinya gagah dan sangat berani,
Terima kasih berkongsi resepi,
Keranamu akhirnya ku berjaya kini..

Wah !! pantun gitu.

Apa yang saya boleh kongsi disini, beliau seorang wanita yang bersemangat waja, selalu berperibahasa dan yang penting tak kedekut ilmu..(ikhlas sis) senyum sampai ke telinga jika tengah membaca blog ini..ngeh..ngeh..ngeh.
Korang nak tengok tak my first baby cheese tart.. Addoi !! indah khabar dari rupa (biasalah budak baru belajarlah katakan, karang cantik sangat korang ingat saya tipu) maafkan saya ^_^ suka fikir -ve kan huhuhu..
First order dari ofis

Cuba tengok betol2 dah lah bantat (kek tak naik), huru-hara segala-galanya lah..tapi berkat sokongan daripada semua pihak terutama suami n Danish, Ma n Abah, keluarga, dan tak lupa rakan2 sekerja yang tak putus2 beli tart dari saya (masyukkk)..

Finally jadilah cenggini tadaaaaaa..



Dah tak tau order yang keberapa ?? Cantikkan, gebukan ??


Lebih kurang 6 bulan saya menceburi bidang ni (fakta ya bukan auta). Apa yang saya nak cakap kat sini, setiap orang patut diberi peluang dan kita juga kena terima pendapat orang lain (customer always right kan..angguk2 kepala). Kita pon apa lagi kena pandai ambil peluang pada tempat dan masa yang betul Insya'Allah berjaya.

Akhir kata, terima kasih banyak2 kat awek tadi tanpa dia, tak kan ada cheese tart di rumah saya..di ofis atau dimana-mana kawasan yang sama waktu dengannya itulah saja kisahnya..

Insya'Allah next entri saya akan berkongsi resepi (sabar ya) dan kajian yang telah saya lakukan ke atas tart2 di atas (bukan janji tapi pasti). Nama pon kerja kat UM (research university) mana tau ilmu yang dikongsi dapat melahirkan lagi pembuat tart yang berjaya dan seangkatan dengannya.. ^_^ 

Stay tuned ya !! "

Saya tidak sempurna, cuma mencari kesempurnaan dalam hidup yang singkat ini" ;)

Zue Azman
5/6/14



Powered by Blogger.