Ikan Cencaru Sumbat & Sos Kicap Pedas

/
0 Comments
Assalamualaikum dan Hai,

Alhamdunillah hari ni dah masuk 7 Ramadhan 1436. Terima kasih sebab masih sudi membaca entri zue kali ni. Nak inform juga jumlah pembaca blog ni makin hari makin bertambah. Ya lah sebelum ni zue tidak kerap update blog ni mungkin pembaca nak sesuatu yang lain atau penulisan zue tidak sebagus bloger-bloger yang otai. I'm newbies.

Tapi tak pe, zue akan cuba memperbaiki yang mana kurang. Zue tidak sempurna tapi akan mencuba mencari kesempurnaan..cewah. Tujuan zue update resepi kat blog ni pon sebenarnya nak share ngan korang one more thing zue ni pon pelupa kalau dah banyak sangat menu dalam kepala..Thats why kalau lupa boleh lah rujuk kat sini..kan

Seperti yang dijanjikan zue nak bagi resepi Ikan Cencaru Sumbat hari ni. Maaflah sebelum ni tak berkesempatan nak update sebab my hero yang kecil tu perlukan perhatian sejak petah bercakap. Korang nak tau ke word tag line dia sekarang ni ?? "Ru teh ru teh barulah puteh" memang zue dan husband tak kering gusi dengan keletah Danish sekarang ni. 

Lagi satu dah 2 hari zue gantung periuk kuali belanga, bukan sebab beli kat bazaar tapi sebab ma zue bagi nasi ayam hari tu dan semalam adik zue belanja bbq DIY hahaha..Tq so much bro.. Ok here the resepi ikan cencaru hari tu..





~Ikan Cencaru Sumbat~
Sumber : Majalah Saji Julai 2012

Bahan-bahan

2 ekor ikan cencaru yang telah disiang dan dibelah dibahagian belakang
1 sudu besar lada sulah
5 tangkai cili kering 
6 tangkai cili merah 
6 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci hali
1 inci lengkuas
1 batang serai dipotong kecil
1 sudu kecil belacan yang telah dibakar
2 sudu kecil udang kering
sedikit air
minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

Cara-cara

Gaulkan ikan bersama lada sulah dan perap seketika sebelum digoreng/dibakar


Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam pengisar dan tambah sedikit air. Kisar semua bahan tadi sehingga hancur. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga keluar minyak. Angkat dan ketepikan.

Masukkan bahan tumis tadi di belakang ikan secukupnya dan goreng ikan tadi sehingga masak atau dibalut dengan daun pisang dan bakar. Terpulang kepada tuan/puan/cik samada ikan tadi digoreng atau dibakar. 

~Sos Kicap Pedas-

Bahan-bahan

6 biji cili padi
2 ulas bawang putih dibakar
1 biji bawang merah dipotong dadu
5 sudu kicap manis
3 sudu kicap masin
2 biji limau kasturi

Cara-cara

Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat. Kaup dan masukkan ke dalam mangkuk serta gaulkan bersama bawang dan kicap. Akhir sekali tambahkan air perahan limau kasturi. Siap..nyum.nyum.nyum

Boleh dihidangkan bersama sos kicap pedas atau air asam. Selamat mencuba !








You may also like

No comments:

Powered by Blogger.