Sambal Udang Petai & Kobis Masak Putih

/
0 Comments
Assalamualaikum dan Hai,

Lahai tak sabar rasanya nak cerita apa yang terjadi semalam. Sorry baru dapat update sebab bos kecik guna laptop. Ni hal semalam, biasalah hari Jumaat petang kalau balik memang tak sah kalau tak jammed. Ingatkan tak sempat masak sebab pagi tu dah kirim barang-barang basah dengan Ma (panggilan singkat Mama) zue.

Jam tangan dah 6.15 petang. Dalam hati sempat ke nak ambil Danish pastu nak masak lagi. Sampai rumah tepat jam 6.30 petang terus meluru ke dapur. Siap-siap siang semua barang nak pakai sebab kat ofis memang dah set dalam kepala nak masak apa. Paling penting perancangan mesti ada, kalau tak nanti semua serba tak kena. 

Sebelum balik petang semalam member ofis siap bagitau jangan lupa update resepi..hihihi

Hobi baru di bulan Ramadhan ni mesti menghadap resepi depan pc waktu lunch yang singkat kan ? samalah kita pastu tahan air liur..ish.ish.ish buruk perangai.

Nak dijadikan cerita zue pilih masakan gabungan bila disatukan meletop ! Alahai orang dulu-dulu kan suka cakap lauk ni kena lawan dengan lauk ni. Jadi maknanya sambal lawan masak lemak baru umph ! Di sini zue sertakan 2 resepi yang meletop tue.



~Sambal Udang Petai~
Resepi Asal : Farah Sya

Bahan-bahan

10 ekor udang basah - zue buang urat hitam belakang udang 
1 mangkuk kecil cili kering - zue letak lima sudu besar 
1 mangkuk kecil petai - zue guna 3 papan petai
1 biji bawang besar ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar kicap manis - tiada dalam resepi tapi zue tambahkan
garam secukup rasa


Cara-cara

Panaskan minyak masak dan tumis cili kering sehingga keluar minyak. Apabila cili telah garing, tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.

Tambahkan air asam jawa dan perasakan dengan garam (zue letak 2 cubit) serta air. Setelah kuah mendidih masukkan petai diikuti udang.

Akhir sekali zue tambahkan kicap manis untuk seimbangkan rasa dan siap untuk dihidang.



~Kobis Masak Putih~
Resepi asal: Kak Azlita masam manis

Bahan-bahan

1/2 biji kobis - zue potong halus 
5 ekor udang - zue tukar ikan bilis 1 mangkuk kecil
3 ulas bawang merah - zue guna 1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih dihiris halus
2 batang serai diketuk- zue tak sempat letak tapi still sedap
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 biji santan kelapa atau 1/2 santan kotak
sedikit air
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis serai, bawang merah dan putih serta ikan bilis/udang hingga wangi. 

Masukkan santan dan tambahkan air sehingga kuah tidak terlalu pekat. Kacau supaya santan tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam setelah kuah mendidih.

Akhir sekali masukkan kubis dan cili merah yang telah dihiris. Kacau dan tutup api tidak perlu masak terlalu lama. Dah siap boleh dihidang..


p/s : Suami zue suka sangat sambal udang petai sebab zue selalu masak guna ikan bilis, Danish pula suka kobis masak putih nak nak tambah dengan kicap manis kipas udang..keluarga suka, zue pon bahagia hehehe. Selamat mencuba ! Menu berbuka hari ni update esok pulak ya ^__^

















You may also like

No comments:

Powered by Blogger.