Cara lipat baju bayi jimat ruang & masa

/
2 Comments
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Hai semua..
Alhamdulillah dapat cuti & tidur yg lena.
Selamat berhujung minggu

Off di office tapi di rumah still on ya..
Lagi pon rindu nak berblog sbb sebelum ni busy dengan baby ke-2..this time baru ada masa & si kecil pon nak masuk 6 bulan dah. Ragam pon boleh tahan.

Tapi bila ada anak kecil ni..baju dia pon banyak kan. Atas katil, dlm almari, bakul & beg..

Tak kemas macam ni ha !




So, zue pon try cari solution melalui miss Google. Lastly jumpa blog Pn. Nazurah Hassan. Beliau memberikan info melipat menggunakan teknik 'tuck in'. Teknik ni sangat praktikal, jimat ruang & masa.

Berikut adalah teknik 'tuck in':-

1. Butang baju bayi bhgn atas & bawah


2. Letakkan bhgn depan di bawah & bhgn belakang di atas


3. Letak bersama seluar di bhgn atas belakang baju


4. Lipat bhgn bawah seluar selari dgn baju & bhgn belakang seluar lipat ke tengah


5. Lipat bhgn lengan baju ke tengah


6. Sebelah lagi bhgn lengan juga lipat ke tengah


7. Kemudian lipat 1/3 bhgn baju


8. Masukkan bhgn hujung baju di bhgn belakang baju


9. Macam ni lah rupanya


10. Ini pandangan dari sisi


11. Dah siap, mudahkan

Dah lipat boleh simpan terus dalam almari si comel anda.


Hopefully teknik ini dapat membantu mumy, bakal mumy and para suami. Selongkar macam mana pon still boleh dikemas. Selamat mencuba !




You may also like

2 comments:

  1. wahhh.. comel jer kan.
    masa anak kecik dulu akak praktikkan cara ni jugak
    selain kemas, senang kita dah padankan siap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel sis, rasa nak gigit jer baju tu. Sis dah lama buat ke ? Anyway zue pon baru tahu..haah senang padan x de isu baju lain seluar lain kan..

      Delete

Powered by Blogger.

Followers